Fitnah Dari Zubir BiPOP : Aeril Zafrel & Ummi Nazeera Nafi Pernah Bernikah

Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera

Hujung minggu lalu menerusi ruangan beliau dalam sisipan hiburan Berita Harian, Zubir menulis satu gossip mengatakan yang Aeril Zafrel & Ummi Nazeera pernah bernikah sebelum kontroversi pernikahan dengan Wawa Zainal terjadi & hangat ketika ini.

Tulisan itu mendakwa Aeril Zafrel telah menikahi Ummi Nazeera secara syarak tanpa sebarang dokumen mahu pun pejabat agama & ketika itu ada khabar mengatakan mereka sedang bercinta namun di’nafikan oleh kedua dua mereka.

Ummi Nazeera tidak mengambil masa lama untuk memberikan kenyataan beliau tentang perkara ini dan melalui akaun Twitter beliau, pelakon yang sudah berhijrah ini menafikan semua dakwaan yang di’tulis oleh wartawan tersebut.

“I have never met Aeril Zafrel in person. Second of all, I have never been married & I have never had a relationship or even dating him. Please get your facts right,” tulis Ummi Nazeera.

Ummi Nazeera turut menyifatkan artikel tersebut sebagai tidak menghormati diri & keluarganya.

“Your action is very disrespectful towards myself and my family. I look at this as tarnishing my name. I expect you to undo the harm you’ve done,” tambahnya lagi.

Pelakon yang kini bertudung penuh ini juga berkata yang beliau tidak memerlukan sebarang perkahwinan atau lelaki untuk mengambil keputusan berhijrah seperti sekarang.

-ROTIKAYA-

Speak Your Mind

*