Putus Cinta : “Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi” – Aliff Aziz

Adira & Aliff Aziz Putus Cinta

Walaupun sebelum ini acapkali diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi Adira, namun penyanyi yang kerap mengundang kontroversi, Aliff Aziz mengaku dirinya sekadar berkawan rapat dan tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta bersama Adira.

Baru-baru ini, Aliff sendiri telah meminta agar dirinya tidak dikaitkan lagi dengan Adira atau ‘snow white’ iaitu nama yang sering digunakan Aliff untuk merujuk kepada Adira di dalam akaun Twitternya.

“Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi.┬áCukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya”.

Berita mengenai Aliff dan Adira bercinta tersebar selepas kedua-duanya dilihat memakai cincin yang sama sekali gus ramai pihak mengandaikan pasangan selebriti itu sedang dilamun cinta.

Sebelum ini Aliff Aziz pernah bercinta dengan pelakon Anne Ngasri namun hubungan mereka tidak berkekalan.

Adira & Aliff Aziz Putus Cinta

Speak Your Mind

*