Adi Putra aka Jai KL Gangster: ‘Saya Tidak Rasa Tergugat’

 

Adi Putra   Fouziah Gous

Kemunculan banyak pelapis baru seperti Shah Iskandar, Aeril Zafrel dan Hairul Azreen dalam industri seni tempatan kini, tidak sekali pun menggugat Adi Putra yang turut dikenali dengan watak hero, yang sering dibawakannya dalam drama-drama tempatan.

Malah, Adi turut menyatakan kehadiran mereka memberi variasi muka baru untuk diketengahkan dalam bidang seni lakonan tanah air.

“Saya tidak rasa tergugat dengan kemunculan bakat baru kerana semua sudah ditetapkan rezeki masing-masing oleh ALLAH S.W.T dan selagi saya masih mendapat kepercayaan daripada peminat dan penerbit untuk membawakan watak hero, selagi itu saya akan berada dalam industri, Insya-ALLAH.

“Kalau terlampau memikirkan perkara tersebut akan timbul perbandingan nanti. Lebih baik kita fokus dengan kerja kita dan saya melihat situasi ini sebagai sesuatu yang baik,” katanya.

“Kita lihat benda ini dari sudut pelakon ‘senior’ bantu pelakon ‘junior’ dalam sesebuah filem atau penerbitan drama yang dibintangi dan ini akan membantu dalam mendapatkan hasil lakonan yang baik,”

Adi, 31, juga dilihat aktif dengan pelbagai acara dan aktiviti bersama kelab peminatnya yang bergelar Hotlovers yang kini sudah melebarkan sayapnya sehingga ke Singapura dan Indonesia.

“Kelab peminat saya ini diuruskan oleh 12 orang yang sentiasa merangka pelbagai program yang dapat diadakan bersama peminat dan buat masa sekarang Hotlovers sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Seperti yang semua sedia maklum, pelakon kelahiran Singapura Aaron Aziz sudah menerima kerakyatan tetap (PR) daripada kerajaan Malaysia.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai permohonan PR yang sudah dibuatnya, Adi yang juga berasal dari Singapura menyatakan “saya tidak boleh memberi komen lanjut mengenai perkara itu dan apa yang boleh saya katakan memang saya menantikannya. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya.

Terbaru, Adi bakal muncul dengan filem lakonannya berjudul Aku Terima Nikahnya di samping heroinnya, Nora Danish.

 

Speak Your Mind

*