Adam AF & Fiza Elite Bakal Nikah Khamis Ini

Adam AF & Fiza Elite

Pasangan selebriti, Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit. 

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.

Comments

  1. Sweet! Tahniah Adam & Fiza! Semoga bahagia hingga akhir hayat ye =)

Speak Your Mind

*