Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat dan mendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba dipenghujung semalam.
Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan itu.
Satu Malaysia sudah tahu mengenai isu video pelakon Sharifah Sakinah dengan rakaman dirinya sendiri dalam keadaan berkata-kata yang kurang sopan hingga mengundang kebencian ramai, tak kurang dia teruk dihentam peminat. Apapun, pelakon drama Bunga Merah Punya itu sudah pun membuat kenyataan bahwa tindakannya itu sekadar gurauan.
Tetapi bukan saja nama Sharifah Sakinah yang menjadi bualan hangat ramai, malah nama Anzalna juga terheret sama kerana Sakinah telah memuat naik video panasnya itu menerusi akaun Keek milik pelakon itu.
Walaupun sudah banyak kali memberi penjelasan mengenai gosip rumah tangganya, namun pelakon cantik Erra Fazira masih tidak henti-henti dari terus diasak dengan isu yang sama.
Malah, gara-gara memberi jawapan yang agak tergantung serta meninggalkan pelbagai tanda tanya pada semua, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan membuat spekulasi sendiri mengenai kemelut rumah tangganya itu.
Nampak gaya Afiq Muiz semakin berani mencabar ibunya sendiri dan semakin lantang berkata-kata. Melalui Twitter beliau petang semalam, pelakon muda itu seakan mengiyakan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri selepas menulis yang dia lebih rela mati dari hidup sebegini.
“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah,” tulis Afiq Muiz.
Pelakon Eina Azman akan meneruskan niatnya untuk menyaman ibu kepada Afiq Muiz, Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan melibatkan dirinya dalam kontroversi yang melanda dua beranak itu.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. Tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut... sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan.













